Selasa, 29 September 2015

JUS LOBAK MERAH DAN UBI BIT MERAH


Antara Jus campuran yang mesti anda cuba ialah JUS CAMPURAN LOBAK MERAH DAN UBI BIT MERAH.

JUS LOBAK MERAH DAN UBI BIT MERAH amat sesuai bagi anda yang mementingkan kesihatan mata kerana lobak merah amat bagus untuk kesihatan RETINA MATA anda.

Malah dikatakan LOBAK MERAH adalah amat bagus untuk RABUN MALAM atau menguatkan pandangan mata pada waktu malam.

Hanya perlu campurkan sedikit sahaja UBI BIT MERAH kerana rasa UBI BIT MERAH sedikit pahit dan sedikit rasa tanah.

Tetapi PAHIT UBI BIT itulah yang KAYA dengan pelbagai Khasiat penting untuk tubuh anda terutama jika anda adalah wanita. Ini kerana UBI BIT MERAH kaya dengan ZAT BESI , amat bagus untuk ANEMIA. 






Banyak lagi khasiat UBI BIT MERAH untuk wanita.

UBI BIT MERAH juga mengandungi pelbagai zat untuk menyembuhkan kanser, darah tinggi, penyakit jantung, memperkuatkan kapilari darah dan menambah tenaga.

Bagi anda yang menghadapi masalah pencernaan atau sembelit anda boleh mencuba nikmati jus ini .

Jus ubi bit merah ini juga turut membantu mengurangkan kolesterol.

Ubi bit merah juga amat bagus untuk kulit serta rawatan yang bagus untuk masalah ekzema dan TOPICAL STEROID WITHDRAWAL.

Walau bagaimanapun sila pastikan anda telah melepasi peringkat penyembuhan EKZEMA dan Topikal steroid withdrawal tertentu sebelum menikmati UBI BIT MERAH ini. (Sekurang-kurangnya 50% penyembuhan dari fasa pertama proses Topical Steroid Withdrawal (TSW).

Kedua - dua campuran lobak merah dan ubi bit merah ini amat bagus untuk kecantikan kulit dan kekuatan retina mata.

Mulakan menikmati campuran JUS LOBAK MERAH dan UBI BIT MERAH ini dari sekarang.

Dan anda pasti akan MENYUKAI KHASIAT dan seterusnya RASA JUS ini.


Untuk KHASIAT UBI BIT MERAH, artikel  kebaikan ubi ini di link ini KHASIAT UBI BIT MERAH


Untuk Khasiat Lobak Merah artikel di link ini KHASIAT LOBAK MERAH UNTUK KECANTIKAN KULIT

** info lain - Pengambilan bersama VITAMIN C akan meningkatkan PENYERAPAN ZAT BESI ke dalam tubuh. Digalakkan menikmati JUS UBI BIT DAN LOBAK MERAH ini bersama supplement VITAMIN C untuk daya penyerapan lebih tinggi. Anda juga boleh menikmati JUS OREN yang tinggi vitamin C atau Jus Jambu batu dalam hari yang sama untuk kadar serapan Zat besi yang lebih baik.

Untuk pengemar ROOIBOS TEA . Rooibos tea memang terkenal sebagai teh yang amat bagus untuk kesihatan dan juga kulit , juga amat bagus kepada pengidap EKZEMA atau mengharungi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW).  Tetapi ROOIBOS TEA mengandungi TANNIN yang mengurangkan penyerapan ZAT BESI pada tubuh. Cuba elakkan hari dan waktu yang sama jika anda menikmati JUS UBI BIT atau Jus lobak merah ini.


BERKONGSILAH ARTIKEL INI DENGAN SAHABAT ANDA DI WALL FB ANDA ATAU WASSAP GROUP ANDA

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...